“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Surah al-Mulk 67: 2)Begitulah kehidupan ini..
Mati itu pasti di penghujung nyawa kita
Apabila terpisah roh dan jasad
Hanya bekalan yang telah dilakukan sahaja dibawa..
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)Aku yakin bekalan aku belum cukup utk ke sana..
Aku bukanlah sapa2, aku hanya aku,
Aku hamba Allah yang hina,
Apakah amalkanku akan diterimaNya?
Ya Allah, dunia ini merantaiku,
Ya Allah, berikanlah kekuatan dalam menjalani hidup ini,
Ya Allah, jadilah aku seorang yang berguna pada agamaku,
Ya Allah, jadikan aku seorang yang memberi lebih daripada menerima,
Ya Allah, aku hamba yang hina di sisimu,
Ya Allah, ampunkanlah dosa2 aku dan orang yang kusayangi di sekelilingku,
Ya Allah, aku tak layak ke syurgaMu,
Namun aku tidak pula ingin masuk ke nerakaMu,
Ya Allah bantulah hamba ini untuk membuat kebaikan..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala isi hatiku,
Ya Allah, jangan kau bolak balikkan hati ini, setelah Engkau memberi hidayah..
Engkau Maha Berkuasa .. Hanya PadaMu aku memohon pertolongan...
Ya Allah, jika Engkau cabut nyawaku,
Cabutkanlah nyawaku dalam keadaan aku beriman, bertaubat padaMu,
Jika aku ini menyusahkan orang,
Bantukah aku supaya dapat memperbaiki diriku,
Ya Allah, jangan biarkan aku sendiri dalam menjalani hidup ini...
Engkau pemilik hati ini, Kau pemilik nyawa ini, Kau pemilik jasad ini....
Ya Allah...
Bantulah aku...
Ya Allah, aku ingin mengubah diri ini kepada yang lebih baik..
Ya Allah, bantulah aku... Ya Allah..
Ya Allah... mati itu pasti...
dan setiap apa yang ku lakukan akan dicatat,
meskipon sekecil zarah... segelap manapon, sesembunyian mana pon,
Engkau Maha Melihat...
Ya Allah... Jika Engkau cabut nyawaku,
Cabutlah nyawaku keadaan aku mempunyai bekalan yang cukup...
Keadaan ku yang tenang, bukan keadaan dalam membuat kemaksiatan..
Ya Allah, jadilah aku seorang berguna kepada masyarakat...
Ya Allah, bantulah hambaMu utk membuat kebaikan..
Ya Allah, matikan aku dan tempatkan aku dalam golongan beriman..
Aku ingin menghafal surah Yassin sebagai peringatan kpdku...
Ya Allah ajarkan aku apa yang tidak ketahui..
Ya Allah, buangkan riak dalam diri ini...
Yang akan membunuh usaha2ku..
Ajarkan aku ayat2 cinta yang memberikan keinsafan pada diri..
Hidup ini sementara.... akhirat yang kekal... Aku ingin menikmati akhirat yang bahagia..
Ya Allah.. Bantulah 3x... Dengan izinmu Ya Allah..

No comments:
Post a Comment