Wednesday, 2 May 2012


MENCARI SAHABAT SEJATI
Oleh: Aisha Ardini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم


"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya," (Imam Al Ghazali)


Ukhwah itu hakikatnya amat indah, terjalin di antara hati-hati nurani insan dan membuahkan rasa kasih dan sayang. Hadirnya bisa mendatangkan cinta Allah pada diri, andai ia berlandaskan apa yang telah Islam gariskan.

Pernahkah diri bertanya pada hati, mengapa aku berkawan dan bersahabat? Apa yang aku kejar dalam persahabatan sedemikian? Apakah ia bertiangkan keduniaan semata ataupun redha dan cinta Allah yang hakiki?

Bersahabatlah kerana Allah wahai diri. Jadikanlah pertemuan dan perpisahan itu juga kerana Allah. Jadikanlah Allah itu tujuan utamamu, bukan kerana material dan keduniaan semata-mata. Pasti diri akan menjadi sahabat sejati, dan juga ditemukan dengan sahabat sejati.

Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat,” (Al Hujurat: 10) 

 
Mungkin sudah tiba masanya untuk memperbetulkan kembali niat andai ada sedikitnya yang sudah terpesong dari yang seharusnya, dek hanyut dengan keindahan dan nikmat dunia.

Andai persahabatan bertiangkan Ilahi, pasti ia disertai kejujuran dan redhaNya. Tiada istilah khianat menghianati mahupun tikam belakang, apatah lagi mengata dan mencela. Tiada istilah dendam berdendam dan apa sahaja tindakan yang bisa melukakan hati sahabatnya.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Saidina Ali pula ada mengatakan:
Jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia ingin membahagiakanmu tetapi hakikatnya dia akan mencelakanmu.
Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan orang yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya.
Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana ia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukan
Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.

Sahabat sejati bukan mudah untuk dicari. Mencari sahabat sejati bagaikan mencari sebiji benih yang terselit dalam semak berduri. Bersedialah untuk dilukai, namun jangan mengalah untuk terus mencari. Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi.

Andai dirimu menemui seorang sahabat, usahlah dirimu berpura-pura di hadapannya, hanya kerana kamu mahu diterimanya. Jangan dibiarkan dirimu diselubungi lakonan semata-mata, kerana akhirnya dirimu tiada mampu bertahan, kerana apa yang dizahirkan bukanlah dirimu yang sebenarnya.

Andai dua jiwa lain bentuknya, usahlah dipaksa untuk disatukan, gusar andai akhirnya ada yang terluka. Lepaskanlah dia pergi, dan bermohonlah kepadaNya agar kamu ditemukan dengan sahabat yang lebih baik dari sebelum ini.

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R. al-Hakim)

Dan salah satu kunci dalam persahabatan sejati ialah berlapang dada, namun untuk mencapainya ia tidak semudah bicara. Berlapanglah dada andai ada sahabatmu yang suka meniru apa sahaja gerak gerimu. Berlapanglah dada andai ada sahabat yang ingin melepaskanmu, kerana mungkin ada sahaja sebab musabab yang tidak kamu ketahui. Berlapanglah dada andai sahabatmu menemui sahabat yang lebih baik dan rapat berbanding denganmu.


“... dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (An-Nur: 22)


Hargailah persahabatan yang ada andai ia bersulamkan keikhlasan dan kejujuran dan bertiangkan Ilahi semata-mata. Jangan sekadar mengharapkan agar dirimu menemui sahabat sejati, namun berusahalah juga untuk menjadi sahabat sejati.

Sahabat sejati akan turut merasa bahagia andai sahabatnya berjaya. Sahabat sejati akan tumpang gembira andai sahabatnya itu mendapat atau mempunyai sesuatu yang lebih baik darinya. Sahabat sejati akan senantiasa bersama sahabatnya, susah mahupun senang.

Dan sahabat sejati sentiasa akan mengingatkanmu tentang Ilahi, dan juga menjadikanmu dan si Pencipta semakin dekat dan tiada secebis pun dalam hatinya perasaan cemburu terhadap sahabatnya, yakni ingin segala nikmat dan kebaikan itu hilang dari sahabatnya.

Bermuhasabahlah diri, apakah selama ini diri sudah menjadi sahabat sejati?

Berusahalah memperbaiki diri dari hari ke hari, agar hari ini lebih baik dari sebelumnya. Ikhlaskan hati kerana Allah, dan bersihkanlah hati dari segala perasaan yang kurang baik terhadap sahabat sendiri. Semoga Allah memelihara hati kita semua, dan mengurniakan persahabatan yang indah seindah-indahnya.

Mutiara Kata Buat Hati:

Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat. Dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali) 

Sumber http://www.aishaardini.com/2011/07/artikel-motivasi-mencari-sahabat-sejati.html

Saturday, 31 March 2012

Membaca Al-Qur'an tanpa wudhu' atau semasa haid

          
Ditulis oleh Hafiz Firdaus   
Tuesday, 18 September 2007
Assalamu 'alaikum
Adakah dibolehkan pegang or baca Al Quran tanpa wuduk and saya pernah dengar orang kata dosa and kalau nak hapuskan dosa tu kena ambik wuduk? Saya nak mintak bro hafiz firdaus tolong jelaskan artikel tentang perempuan yang sedang haid boleh baca Quran (al-firdaus.com), saya masih confuse sebab dalam Quran kan ada sebut yang haid itu benda yang kotor, so, betul ke boleh baca Quran masa haid?

Jawab HF:
Yang kotor hanya darah haidh, bukan wanita yang mengalami haid. Oleh itu tangan yang memegang, lidah yang menyebut, hati yang berfikir dan kepala yang menghafal tidak terlibat dalam kotoran haidh.
Dalam hadis sahih, ketika Rasulullah s.a.w. sedang beriktikaf, baginda meminta daripada A'isyah kain sarungnya. A'isyah keberatan untuk memberi, katanya dia sedang haid. Lalu Rasulullah jawab, kamu tidak haid di tangan kamu.
Dalam Sahih al-Bukhari, seorang wanita kulit hitam masuk Islam. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Rasulullah mengizinkannya membuat khemah dan tinggal di dalam masjid. Padahal sebagai seorang wanita, dia akan mengalami putaran haidnya yang normal.
Hadis terakhir ini dijadikan dalil oleh Ibn Hazm bahawa wanita haid boleh masuk dan berurusan dalam masjid. Oleh itu yang kotor hanya darah haid dan bukan wanita itu sendiri. Ibadah yang secara sahih terlarang ketika haidh ialah solat, puasa dan tawaf.
 
Tambah THTL:
1. Hukum pegang al-Qur'an (musyhaf) tanpa wudhu':
Pendapat muttakhir adalah dibolehkan.
Dalil Al-Qur'an al-Waqi'ah ayat 79 (tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang suci) telah pun dihapuskan khilafnya kerana 'orang-orang' dalam ayat itu adalah Malaikat dan ia berlaku di Lauh Mahfudz.
Imam alAlbani (Tamam al-Minnah) dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) telah mengesahkan hal ini. Ia bersumber dari Fiqh Ibn Abbas RA.
2. Hukum baca al-Qur'an tanpa wudhu'
Boleh membaca al-Qur'an bagi orang yang tidak berwudhu' adalah ijma'. Berwudhu' itu adalah sunnah (Imam Nawawi, atTibyan, bab adab Tilawah)
 
3. Wanita haidh baca al-Qur'an
Pendapat muttakhir dari al-Albani (Tamam alMinnah), dan Dr Qardhawi (Fiqh Taharah) bolehnya wanita haidh membaca al-Qur'an.
Sebab utama: dalil hadis (dalam isu ini) adalah bermasalah.
Walaupun pendapat muttakhir ini menyalahi Jumhur, tapi manhaj salaf, jumhur tidak semestinya benar. Kebenaran ialah bila terbukti dasar dan pegangan jumhur berjaya dibedah siasat semula dan kecacatan dalilnya dikenalpasti.


Sumber: http://aljawhar.wordpress.com/2008/05/19/hukum-hafaz-al-quran-masa-haid-dan-nifas/

Kematian itu pasti~

Bismillah...


Saturday, 7 January 2012

Hidup ini hanya persinggahan~

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi nikmat hidup, nikmat keluarga, nikmat makan dan yang PALING PENTING NIKMAT IMAN... Syukur sangat2 kerana aku dilahirkan seorang beragama Islam. Alhamdulillah3x.

Saya ambil sedikit post dr fb kawan yg bakal bergelar doktor... InsyaAllah..
Yang penting ini adalah ayat-ayat cinta drpd Allah agar hambaNya berfikir dan peringatan kepada kita.
"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya". Al-anbiyaa:1
Apakah aku terlalu fokus terhadap dunia sahaja?
Apa yang aku inginkan dalam hidup ini?
Persoalan2 ini selalu bermain di benak hatiku.. Naluriku sentiasa mencari jawapan itu..
Persoalan itu ku sambut dgn jawapan "Aku ingin kedua2 - akhirat dan dunia"
Namun perbuatanku selalu bercanggah dengan jawapan itu.

Aku dapat rasakan aku sudah kosong dengan ilmu2 agama..
Rindu dengan perkataan yg disebut "USRAH"
Kerana di situ aku akan belajar sesuatu yang baru ..
Sejak melangkah kaki ke Matrkulasi dan Universiti..
USRAH is not part of my life..

Aku sedar aku belajar STUDY HARD not STUDY SMART..
Aku selalu menghabiskan masa untuk belajar..
Apa yang aku belajar aku selalu lupa plak tuh..
Sanggup stay up semata2 untuk abeskan study untuk esok hari exam,
Sampai x tido pon ade..
Apakah aku sanggup stay up untuk menghabiskan masa kepada Allah..
Apakah aku sanggup ketepikan tido untuk Allah?
Aku selalu risau akan tidoku x cukup.. itu selaluku buat..
Ya Allah jangan rantaikanku dengan angan2 tido,
Ya Allah berikan aku hati yang baru.. untuk aku berubah..

Ayat cinta Allah itu mengetuk hatiku lagi..

Aku selalu prepare untuk exam..
Apakah aku prepare untuk menghadap Allah di akhirat nanti?
Apakah aku layak untuk masuk syurga Allah?
Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan untuk aku berhijrah.
Supaya bertambah amal ibadah seiring kejayaan di dunia.

"HIDUP INI SEBUAH PERSINGGAHAN SEMATA2...
UNTUK TUAI HASILNYA DI AKHIRAT NANTI..."
(pabila masa berlabuh saat itu aku lupa akan ayat2 itu)
ye.. Manusia selalu lupa, perlu diberi peringatan..
Al-Quran adalah ayat-ayat cinta drpd Allah untuk hambaNya..
berapa orang sahaja yang faham akan kandungannya.. Termasuklah aku.
Aku juga belum faham akan kandungannya..
Selalu sahaja membaca tetapi faham amatlah sedikit..

Dengan Nama Allah ku buat azam tahun ini:
Azam 2012 ini ku pahatkan di dada untuk faham ayat Al-quran.
Plan: faham maksud surah yang dibaca masa solat
Time frame: 30 Jan 2012-(mampukah? Ya Allah bantulah hambumu ini untuk berubah)
(bersambung di post yang akan datang)

Wednesday, 4 January 2012

Lembaran "naluri hijrahku"

Bismillahirrahmanirrahim...... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Luahan naluriku untuk hijrahku...

Naluri hijrahku,
Diri rasa bagai ada kekosongan dalam diri, 
Entah apa yang tiada pada diri,
Mungkin pengisian itu tiada di hati, 
Dunia yang melekat kuat dalam diri, 
Tetapi untuk cari kebahagian di akhirat nanti...

Naluri hijrahku, 
Kekuatan ku cari, 
Tanpa henti, 
Untuk mencari sesuatu yang tiada pada diri,
Untuk mencari sesuatu yang sukarku miliki,
Apakah itu sebenarnya? 
Sesuatu yang menenangan dalam diri..
Aku akan terus mencari... 

Alhamdulillah3x, Allah masih berikan masa dan kekuatan untuk memiliki lembaran blog baru ini.. 
"Ya Allah, bantulah naluri hambaMu ini untuk berhijrah"